Isnin, 28 Julai 2008

Guru & UPSR 2008

Saya salah seorang tenaga pengajar yang mengajar tahun 6 di sekolah. Semakin dekat tarikh peperiksaan semakin banyak tekanan yang dihadapi. Sebagai guru yang mengajar di kelas hadapan, berbagai harapan perlu dipenuhi samada dari ibubapa,pentadbir,pihak jabatan dan murid sendiri. Semua ini perlu dipenuhi dan ditempuhi oleh saya dan rakan-rakan. 'By hook or by crook' saya perlu penuhi target 5 A yang diharapkan.
Tiada guru yang mahu muridnya gagal cuma kadang-kadang kita perlu rasional bahawa murid-murid ini bukannya produk kilang yang boleh dijangka atau ditentukan mutunya. Setiap tahun murid-murid yang berlainan perangai,sikap dan kebolehan yang perlu ditempuhi oleh guru. Harapan semua pihak pula semakin tinggi. Setiap tahun bilangan yang mendapat 5 A semakin bertambah dan target setiap tahun ditambah untuk memenuhi tuntutan ini.
Tujuan saya menulis hanyalah untuk memberi kefahaman kepada semua pihak bahawa setiap guru itu telah berusaha lebih daripada 100 % cuma takdir yang menentukan selebihnya. Hampir semua guru tahun 6 mencurahkan keringat dan berkorban demi memenuhi tuntutan ini termasuklah dari segi masa dan wang ringgit. Sebagai contoh, seorang guru tahun 6 terpaksa mengadakan kelas tambahan petang, kelas malam, kelas semasa cuti sekolah termasuk hujung minggu. Hampir semua guru tahun 6 bekerja siang malam , 7 hari seminggu . Bukan mereka-reka cerita tetapi benar semata berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan. Bukan meminta simpati tetapi mengharapkan kefahaman dan mengerti pengorbanan para guru. Harapan setiap orang terhadap guru itu perlulah bersandar fikiran yang rasional dan jangan mudah melatah atau menyalahkan satu pihak sahaja jika harapan yang diberi itu gagal dipenuhi...
Seperti yang saya katakan sebelum ini,seseorang murid itu bukan produk kilang tetapi insan yang perlu di didik dari segala aspek rohani ,jasmani,mental dan emosinya agar menjadi insan yang seimbang. Tidak hanya mengejar kejayaan akademik semata-mata dan menjadikan mereka seperti robot yang boleh menjawab segala pertanyaan tanpa ada nilai moral dan emosi. Apakah ini terjadi kerana salah kita sebagai ibu bapa ,masyarakat ,guru atau sistem pendidikan di Malaysia ???

Selamat Datang

Kepada semua pengunjung diucapkan selamat datang. Kunjungan anda adalah dialu-alukan..