Sabtu, 27 Mac 2010

E-Book...Gambar & spesifikasi.

Spesifikasi...

Intel Atom N250 (1.66 htz),
1 GB memory, Wireless, 1.3 mp web cam, 5 in 1 card reader,
2 usb slot, 8 Gb SD hard disk etc..

Ms Windows XP, MS Office 2003, e-buku teks, foxit reader, panda anti virus, pendisk, etc..

E-Book...Setahun selepas.

Telah setahun berlalu selepas pemberian e-book kepada murid tahun 5 negeri Terengganu. Sekarang,murid ini berada di tahun 6. Bagaimanakah pencapaian mereka dalam UPSR 2010 nanti? Sama-sama kita tunggu.

Banyak isu yang timbul sebelum dan selepas pemberian e-book kepada murid-murid ini. Bermacam-macam persoalan timbul samada dari segi keselamatan, penggunaan dan sebagainya. Setelah setahun, banyak pro & kontra telah dapat dilihat ke atas murid-murid ini. Jika diperhatikan dan dikaji, murid-murid yang mempunyai e-book lebih terkehadapan dari segi penggunaan komputer. Samada murid cemerlang mahupun murid lemah.

Murid-murid ini (murid luar bandar terutamanya) dilihat mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Istilah istilah dalam bidang komputer seperti format, download, restart, edit dan sebagainya adalah perkataan yang biasa digunakan & difahami oleh mereka dan tidak kepada murid lain. Aplikasi dan program seperti Ms word, paint,video, powerpoint dan sebagainya menjadi begitu lumrah dan mereka amat cekap menggunakannya.

Namun begitu, mereka tidak dapat lari dari game komputer samada yang di download atau yang ambil melalui pendrive rakan,abag & kakak mereka. Ada yang boleh mengawal diri daripada ketagihan bermain game ada yang tidak. Mereka yang ketagih ini biasanya di kalangan murid yang lemah. Mereka lemah dalam pelajaran tetapi amat cekap dalam bermain game.

Selain itu, penyalahgunaan seperti gambar , video dan game lucah juga ada terjadi dikalangan murid ini tetapi kes seperti ini tidak ketara sangat. Setelah diberi nasihat dan panduan , mereka ini mudah dibentuk dan dibendung. mungkin mereka masih diseolah rendah tapi selepas ini apabila mereka naik sekolah menengah perkara ini timbul semula.

E-book juga boleh melekakan murid sekiranya tidak dikawal oleh guru dan ibubapa. Jika disekolah , terdapat sebilangan pelajar tidak memberi tumpuan kepada P & P kerana leka membuka e-book. Di rumah pula, mereka sibuk bermain game daripada membuat ulangkaji.

Apa yang saya hairan adalah bagaimana murid-murid ini boleh diberi e-book untuk sesi pembelajaran mereka tetapi cikgu tidak diberi pendedahan secara langsung tentang penggunaan secara berkesan malah sesetengah guru sendiri tidak tahu apa yang terkandung dalam e-book. Sudah setahun berlalu, ia masih menjadi misteri kepada guru.

Sepatutnya guru terlebih dahulu diberi pendedahan dan taklimat penggunaan e-book tetapi masih belum mendapat apa-apa maklumat. Bagaimana guru hendak mengoptimumkan penggunaan ebook dikalangan murid-murid? Saya berharap Kerajaan Negeri Terengganu dan Tasdec dapat memberi perhatian terhadap perkara ini.

Pemberian e-book adalah suatu yang baik dan sejajar dengan kemajuan teknologi tetapi ia perlu satu program dan panduan yang mantap untuk penggunaan yang lebih berkesan dan optimum. Guru perlu diberi kursus khas agar murid dapat faedah terutamanya menjelang peperiksaan UPSR. Dengan ini pihak Kerajaan Negeri dapat berbangga dengan keputusan UPSR murid generasi e-book.