Isnin, 5 Januari 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL-TANDA PROTES

Ini lah yang mampu kita buat sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin.Umat Islam ditindas terang-terangan tapi tiada siapa yang mampu membuat apa-apa...
Sila baca AYAT AL-FATH (26-27) & YUNUS (85-88). DOAKAN KEMUSNAHAN ISRAIL.


Sila klik sini untuk lebih banyak maklumat barangan yahudi...

Khamis, 1 Januari 2009

Selamat Tahun Baru 2009

Ucapan ini ditujukan kepada semua pengunjung semoga tahun ini memberi makna dan kejayaan kepada kita. Kebiasaannya tahun baru diiringi dengan azam baru atau meneruskan azam yang tidak dapat dipenuhi tahun lepas. Tidak kira apa pun azam kita, haruslah ada satu semngat dan dorongan untuk kita memenuhi azam yang dibuat. Kepada calon-calon UPSR 2009, azam anda adalah unutk mendapat keputusan 5 A. Apa yang saya ingin tekankan, bukan sekadar 5 A yang dikejar,tetapi gred A yang cemerlang iaitu dengan mendapat markah 95% ke atas.

Berdasarkan pengalaman lepas, apa yang saya lihat ramai calon UPSR tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh kerana persaingan yang sengit. Calon mendapat 5A terlalu ramai manakala bilangan tempat yang ditawarkan adalah terhad. Maka,ramai yang tidak berjaya meneruskan pembelajaran di SBP. Salah satu kelebihan yang membolehkan mereka ditempatkan di SBP adalah mereka yang mendapat gred A yang cemerlang disamping penglibatan mereka di dalam aktiviti ko ko dan ko akademik.

Saranan saya kepada calon-calon UPSR 2009 adalah, untuk mencapai gred A yang cemerlang maka mulakan langkah awal, berusaha bersungguh-sungguh dengan keazaman yang tinggi dan tanpa jemu menuntut ilmu. Semoga kejayaan akan mengiringi anda.

Ahad, 23 November 2008

Alhamdulillah

Syukur ke hadrat Illahi kerana anak-anak murid saya seramai 16 orang telah berjaya mencatat sejarah baru Sk Pagar Besi dengan mendapat 5 A dalam UPSR 2008. Seramai 20 orang berjaya mendapat A dalam mata pelajaran B.Inggeris dan ini juga merupakan satu sejarah bagi SK Pagar Besi. Tahniah kepada mereka yang berjaya. Doa saya sentiasa mengiringi kejayaan mereka di masa-masa akan datang. Terima kasih juga diucapkan kepada pelajar,rakan guru terutama cg junaidi dan Pn Hjh Aziah kerana membantu dalam mendidik mereka bagi subjek B.Inggeris. Kerjasama yang diberikan adalah amat dihargai.

Rabu, 15 Oktober 2008

Selamat Bertemu Kembali ...

Telah agak lama saya tidak update blog nie...Tak lupa juga untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pengunjung.

Setelah selesai persediaan UPSR saya sibuk menyiapkan VCD Tahun 6 2008. Alhamdulillah ia dapat di siapkan. Kemudian Semester September OUM pun bermula. Sekarang saya tengah sibuk untuk menyiapkan 3 assignment sebelum 25 Okt. Kira-kira 3 minggu selepas itu, saya menduduki peperiksaan akhir semester.

Masa sangat berharga sekarang ni & saya betul-betul mempunyai masa yang sangat padat . Itu belum termasuk kelas cuti terancang / tambahan tahun 6 2009 . Seperti biasa setiap hujung tahun guru-guru sibuk menyiapkan / menanda kertas peperiksaan , mengisi markah murid, membuat laporan tahunan , mengutip & mengagih buku teks & banyak lagi.Fahamilah tugas guru & janganlah kita menanam pandangan negatif terhadap guru .

Ahad, 7 September 2008

UPSR 2008 TELAH TIBA ...09092008

Kepada semua pelajar saya terutamanya dari SK Pagar Besi, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan dan mendoakan agar anda mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR nanti terutama mata pelajaran Bahasa Inggeris.Buat sehabis baik !Good Luck !

Isnin, 28 Julai 2008

Guru & UPSR 2008

Saya salah seorang tenaga pengajar yang mengajar tahun 6 di sekolah. Semakin dekat tarikh peperiksaan semakin banyak tekanan yang dihadapi. Sebagai guru yang mengajar di kelas hadapan, berbagai harapan perlu dipenuhi samada dari ibubapa,pentadbir,pihak jabatan dan murid sendiri. Semua ini perlu dipenuhi dan ditempuhi oleh saya dan rakan-rakan. 'By hook or by crook' saya perlu penuhi target 5 A yang diharapkan.
Tiada guru yang mahu muridnya gagal cuma kadang-kadang kita perlu rasional bahawa murid-murid ini bukannya produk kilang yang boleh dijangka atau ditentukan mutunya. Setiap tahun murid-murid yang berlainan perangai,sikap dan kebolehan yang perlu ditempuhi oleh guru. Harapan semua pihak pula semakin tinggi. Setiap tahun bilangan yang mendapat 5 A semakin bertambah dan target setiap tahun ditambah untuk memenuhi tuntutan ini.
Tujuan saya menulis hanyalah untuk memberi kefahaman kepada semua pihak bahawa setiap guru itu telah berusaha lebih daripada 100 % cuma takdir yang menentukan selebihnya. Hampir semua guru tahun 6 mencurahkan keringat dan berkorban demi memenuhi tuntutan ini termasuklah dari segi masa dan wang ringgit. Sebagai contoh, seorang guru tahun 6 terpaksa mengadakan kelas tambahan petang, kelas malam, kelas semasa cuti sekolah termasuk hujung minggu. Hampir semua guru tahun 6 bekerja siang malam , 7 hari seminggu . Bukan mereka-reka cerita tetapi benar semata berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan. Bukan meminta simpati tetapi mengharapkan kefahaman dan mengerti pengorbanan para guru. Harapan setiap orang terhadap guru itu perlulah bersandar fikiran yang rasional dan jangan mudah melatah atau menyalahkan satu pihak sahaja jika harapan yang diberi itu gagal dipenuhi...
Seperti yang saya katakan sebelum ini,seseorang murid itu bukan produk kilang tetapi insan yang perlu di didik dari segala aspek rohani ,jasmani,mental dan emosinya agar menjadi insan yang seimbang. Tidak hanya mengejar kejayaan akademik semata-mata dan menjadikan mereka seperti robot yang boleh menjawab segala pertanyaan tanpa ada nilai moral dan emosi. Apakah ini terjadi kerana salah kita sebagai ibu bapa ,masyarakat ,guru atau sistem pendidikan di Malaysia ???

Selamat Datang

Kepada semua pengunjung diucapkan selamat datang. Kunjungan anda adalah dialu-alukan..